Malwarebytes’ Anti Malware

Dear Plog,

Mungkin ramai antara kita tercari freeware / shareware yang betul-betul bagus untuk komputer dan komputer riba. Saya sarankan penggunaan produck Malwarebytes’ Anti Malware untuk penggunaan biasa. Produk ini bukan sahaja percuma, malahan benar-benar berkesan dalam melindungi komputer / komputer riba kita daripada ancaman virus. Saya sendiri menggunakan produk ini dan sangat senang hati.

Malwarebytes terbaik dikenali sebagai alat percuma yang boleh membantu anda apabila antivirus biasa anda tidak melakukan pekerjaan itu, sebagai contoh apabila malware garang membunuh pemasang komersil anda antivirus. Produk percuma adalah imbasan sahaja, tidak dengan perlindungan masa nyata daripada ancaman baru. PRO Malwarebytes ‘Anti-Malware 1,51 ($ 24,95, langsung) melakukan segalanya edisi percuma boleh lakukan dan menambah perlindungan terhadap program berbahaya dan laman web. Malangnya perlindungan masa sebenar hanya tidak mengukur sehingga.

Edisi-edisi pro dan bebas berbeza sangat sedikit dalam penampilan. Tab utama bagi kedua-dua menawarkan pilihan pengimbasan. Tab kedua, bertajuk “Perlindungan” adalah di mana anda akan mendapati perbezaan. Dalam edisi percuma halaman ini memaparkan carta ciri-ciri pro-dengan bebas dan menawarkan percubaan percuma. Dalam edisi pro memegang tetapan mudah yang mengawal perlindungan masa nyata.

Bagi anda yang mahukan maklumat lanjut mengenai perisisian ini, anda boleh layari Malwarebytes’ Anti Malware

Indecisive atau sukar membuat pilihan

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Tarmizi)

Dear Plog,

  1. Mungkin tiada kenyataan tesis yang boleh aku ketengahkan dalam tulisan plog yang pertama ini pertama lah sangat, banyak blog dah buat, semua nya hangat2 tahi ayam. Barangkali ramai antara kita seringkali terjerumus terperangkap dalam pelbagai persoalan. Iya lah, persoalan-persoalan yang kerap bermain dalam benak fikiran kita semua. Mari kita guna teknik 1 husband and 7 wivesteknik mengembangkan idea, cikgu sekolah yang ajar ni. Menjadikan nya lebih jelas, contoh-contoh akan diberi berdasar hidup aku. Dah ni plog siapa? Aku lah. Haha! 

  2. Pertama sekali iaitu How atau dalam Bahasa Melayu adalah bagaimana? Jangan lupa tanda soal, baru la betul jadi ayat tanya. Suka la cikgu aku, berkesan juga ilmu yang diturunkan. Terima kasih cikgu. Bagaimana masa depan aku? Bagaimanakah cara untuk aku berjaya? Bagaimanakah aku boleh membantu keluarga? Bagaimanakah cara aku untuk berjasa kepada agama, bangsa dan Negara?
  3. When
    Bila nak kerja? Bila nak kerja? Bila nak kerja? Bila nak kawen? Hahahaha, biasa lah ni ayat biasa budak baru lepas tamat degree.
  4. Where
    Soalan ni tak pasti nak tanya apa kat diri sendiri. Kerja kat mana kot?
  5. Who
    Siapa yang boleh bantu diri kita. Pernah dahulu masa zaman kampus, ada seorang penceramah bebas dan juga seorang usahawan bagi nasihat “adalah penting bagi anda untuk tahu siapakah insane yang boleh membantu anda”. Pandangan beliau benar sebab kita sendirian tidak mampu untuk mengubah apa-apa. Insha’Allah dengan bantuan, kita mampu menjadi lebih baik. Topic Plog yang akan datang! Insha’Allah.
  6. Why, whose and whom – No idea yet.
  7. What
    Apa yang boleh aku buat untuk Berjaya? Jangan guna kata-kata perosak macam ‘apa pon tak boley’ – sendiri mahu diri sendiri jatuh tersembam ke? Mesti lah kita mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Betul?
  8. Perghh, apa-apa pun agak terkesima juga bila bertanyakan soalan-soalan sebegini. Adakah aku ada jawapan nya? Korang ada?
  9. p/s: Berapa banyak kali ubah ayat-ayat dalam plog ni. Al-kisah nya tak nak Nampak kurang matang. Matang ke aku ni?Wallahualam.
  10. Belum habis lagi, sebab aku nak kongsikan beberapa bahan yang aku rasa boleh memberi manfaat kepada anda.
  11. Ujian Personaliti
  12. Solat Sunat Istikharah

Hendaklah sentiasa redha kepada Allah dengan setiap apa yang telah ditaqdirkan untuknya kerana setiap perkara itu pasti ada hikmah dan rahsia.