Perlu kah blog peribadi?

Dear Plog,

Tidak dapat dinafikan entri kali ini bukan yang pertama dan bukan jua terakhir kali. Terfikir juga bagaimanakah seorang penulis blog peribadi mahupun penulis professional mampu meluah dan menggarapkan seribu macam idea dan gaya dalam penulisan mereka? Setelah membuat pelbagai kajian 1 jam pencarian dengan bantuan Google search, pelbagai jenis artikel dan jurnal serta beberapa tip yang telah saya perolehi, ingin saya kongsikan mengapa perlu ada blog peribadi.

1. Sebuah blog peribadi boleh batu asas  (platform) bagi anda dan saya untuk mendapat banyak idea serta keunikan yang tersendiri.

Ada banyak idea yang boleh ditulis dari pelbagai aspek seperti pelajaran, gaya hidup, isu semasa dan sebagainya. Pernah kan kita membeli surat khabar? Surat khabar mempunyai pelbagai sisipan yang menarik dan mungkin anda boleh mendapat idea untuk blog pertama anda.

Tambahan pula, proses menulis ini merupakan satu latihan kepada anda. Mungkin antara kalian terperasan, gaya penulisan saya banyak menggunakan nombor dalam perenggan-perenggan. Hal ini demi memudahkan para pembaca dan juga saya untuk mencari poin penting dalam penulisan ini.

Seperti zaman persekolahan dahulu, ingat kah kita bahawa kita mampu menulis 2-3 buah karangan dalam seminggu. Mengapa tidak sekarang? Pasti nya kita mampu mengarang lebih banyak karangan berdasarkan factor pengalaman, umur dan ilmu.

2. Blog peribadi memberikan anda dan juga saya tempat untuk meluahkan pandangan dan kebebasan bersuara secara positif dan konstruktif.

Malaysia khususnya mempunyai pelbagai saluran bagi rakyatnya untuk membuat aduan atau menyampaikan pandangan mereka. Salah satu darinya adalah dengan bertulis. Blog peribadi boleh menjadi satu tapak bagi anda untuk memberikan pandangan atau apa-apa sahaja. Namun diingatkan, bahawa penulisan anda haruslah berimej baik, matang dan membina. Semoga setiap pembaca mendapat manfaat daripada penulisan kita.

Teringat waktu di zaman kampus walhal baru enam minggu habis degree, rasa macam dah tua sangat pulak kan. Haha! Beberapa orang rakan dan saya mempunyai masalah kelewatan pembayaran pinjaman PTPTN. Inisiatif yang diambil oleh saya adalah dengan menghantar satu aduan kepada Biro Aduan Awam Malaysia. Tindakan biro ini amat cekap dan pantas, mereka terus menghantar satu e-mel kepada saya menyatakan isu tersebut dalam proses penyiasatan. Selang beberapa hari kemudian, pegawai PTPTN yang berkenaan telah menghubungi saya dan rakan-rakan lain mengenai permasalahan yang dihadapi dan memberikan satu tarikh pasti isu tersebut dapat diselesaikan. Begitu mudah. Tiada pertengkaran mahupun apa pun. Adalah sangat penting menyampaikan sesuatu itu dalam keadaan yang matang, nyatakan permasalahan yang jelas serta tindakan yang boleh disarankan untuk kelancaran cara kerja.

3. Blog peribadi membantu anda dan saya  memahami pengertian blog. Ia juga mengasah bakat penulisan. Bak kata pepatah Melayu “belakang parang diasah lagikan tajam”.

Perkara yang besar mengenai blog yang pertama bagi saya adalah bahawa ia memberikan saya rasa teknologi dan budaya blog. Saya amat kagum dengan aspek teknikal blog pada hari-hari awal dan agak merasa takut untuk meletakkan idea saya di web. Saya juga keliru tentang bagaimana untuk mencari pembaca dan berinteraksi dengan mereka.

Mula dengan mewujudkan blog adalah cara terbaik untuk belajar tentang blog – sehingga anda mengalami proses menerbitkan pos dan mempunyai orang membaca dan berinteraksi dengan anda yang baru belajar berblogging.

Perkara yang menarik mengenai pembelajaran semua ini  adalah harapan kita tidaklah tinggi sebagaimana harapan orang yang membina blog profesional. Kita mahu belajar, itu yang penting. Bukan duit dengan pelbagai iklan, dengan pelbagai pautan-pautan kepada laman sesawang luar dan sebagainya.

p/s: Adakah blog peribadi untuk semua orang?

Saya tidak juga tidak pasti bahawa semua orang harus mempunyai blog peribadi untuk membantu mereka melancarkan blog baru mereka. Bagi saya ia adalah membantu tetapi sesetengah penulis blog adalah lebih bersedia untuk melancarkan ke dalam blog memberi tumpuan khusus tanpa melalui proses itu.

Walau bagaimanapun jika anda yakin bahawa anda mahu blog tetapi tidak tahu apakah topik untuk memberi tumpuan di atas maka sebuah blog peribadi mungkin menjadi satu langkah ke hadapan untuk membantu anda mencari suara anda, mengenal pasti topik dan mempelajari selok-belok blog sendiri.

Advertisements

Indecisive atau sukar membuat pilihan

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Tarmizi)

Dear Plog,

  1. Mungkin tiada kenyataan tesis yang boleh aku ketengahkan dalam tulisan plog yang pertama ini pertama lah sangat, banyak blog dah buat, semua nya hangat2 tahi ayam. Barangkali ramai antara kita seringkali terjerumus terperangkap dalam pelbagai persoalan. Iya lah, persoalan-persoalan yang kerap bermain dalam benak fikiran kita semua. Mari kita guna teknik 1 husband and 7 wivesteknik mengembangkan idea, cikgu sekolah yang ajar ni. Menjadikan nya lebih jelas, contoh-contoh akan diberi berdasar hidup aku. Dah ni plog siapa? Aku lah. Haha! 

  2. Pertama sekali iaitu How atau dalam Bahasa Melayu adalah bagaimana? Jangan lupa tanda soal, baru la betul jadi ayat tanya. Suka la cikgu aku, berkesan juga ilmu yang diturunkan. Terima kasih cikgu. Bagaimana masa depan aku? Bagaimanakah cara untuk aku berjaya? Bagaimanakah aku boleh membantu keluarga? Bagaimanakah cara aku untuk berjasa kepada agama, bangsa dan Negara?
  3. When
    Bila nak kerja? Bila nak kerja? Bila nak kerja? Bila nak kawen? Hahahaha, biasa lah ni ayat biasa budak baru lepas tamat degree.
  4. Where
    Soalan ni tak pasti nak tanya apa kat diri sendiri. Kerja kat mana kot?
  5. Who
    Siapa yang boleh bantu diri kita. Pernah dahulu masa zaman kampus, ada seorang penceramah bebas dan juga seorang usahawan bagi nasihat “adalah penting bagi anda untuk tahu siapakah insane yang boleh membantu anda”. Pandangan beliau benar sebab kita sendirian tidak mampu untuk mengubah apa-apa. Insha’Allah dengan bantuan, kita mampu menjadi lebih baik. Topic Plog yang akan datang! Insha’Allah.
  6. Why, whose and whom – No idea yet.
  7. What
    Apa yang boleh aku buat untuk Berjaya? Jangan guna kata-kata perosak macam ‘apa pon tak boley’ – sendiri mahu diri sendiri jatuh tersembam ke? Mesti lah kita mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Betul?
  8. Perghh, apa-apa pun agak terkesima juga bila bertanyakan soalan-soalan sebegini. Adakah aku ada jawapan nya? Korang ada?
  9. p/s: Berapa banyak kali ubah ayat-ayat dalam plog ni. Al-kisah nya tak nak Nampak kurang matang. Matang ke aku ni?Wallahualam.
  10. Belum habis lagi, sebab aku nak kongsikan beberapa bahan yang aku rasa boleh memberi manfaat kepada anda.
  11. Ujian Personaliti
  12. Solat Sunat Istikharah

Hendaklah sentiasa redha kepada Allah dengan setiap apa yang telah ditaqdirkan untuknya kerana setiap perkara itu pasti ada hikmah dan rahsia.